Friday, 11 April 2014

learning Izhar Halki


taken from

http://izharhalqi3.blogspot.com/2012/12/pengenalan-izhar-halqi_13.html

and

http://cahayabintangkunajmi.blogspot.com/2012/01/huruf-huruf-izhar-halqi.html





thank you

MAKNA IZHAR HALQI
            Izhar dari segi bahasa bermaksud terang atau nyata. Dari istilah ilmu tajwid, ia bermaksud mengeluarkan tiap-tiap huruf dari tempat keluarnya tanpa dengung dan saktah. Ini bermakna, apabila nun mati dan tanwin bertemu dengan huruf-huruf izhar, hendaklah diizharkan atau dijelaskan bunyi nun mati atau tanwinnya tanpa wujud sebarang dengung.
           Oleh kerana semua huruf-huruf tersebut tempat keluarnya daripada halkum, maka hukum izhar ini dinamakan dengan nama Izhar Halqi.Tambahan pula, kedudukan makhraj di rongga kerongkong (halkum) yang terletak paling jauh dengan kedudukan makhraj huruf nun (yang dimaksudkan di sini - nun mati dan tanwin), maka diwajibkan izhar ke atas huruf-huruf ini.




HURUF DAN TINGKATAN IZHAR HALQI



 Huruf Izhar Halqi ada enam iaitu Hamzah( ء ), Haa( ه ), Ain( ع ), Ha( ح ), Ghain( غ )  
Kha( خ ).  Huruf-huruf tersebut terhimpun pada permulaan setiap kalimah dalam bait syair  
 (أخي هاك علما حازه غير خاسر)            ataupun bait   أغح خعه)) .  

Setiap huruf izhar ini  pula terbahagi kepada 3 tingkatan iaitu:
1.       كبرى Kubra (Paling kuat). Hurufnya adalah Hamzah dan Haa( ء – ه ).Ini adalah kerana kedudukan kedua-dua huruf ini adalah yang paling jauh dan paling dalam di bahagian kerongkong (halkum) menjadikan hukum izhar padanya yang paling kuat atau paling jelas.
2.       وسطى Wusto (Sederhana). Hurufnya adalah Ain dan Ha( ع – ح ).Makhraj kedua huruf ini pula terletak ditengah-tengah di antara tingkatan izhar yang lain menjadikan tingkatan izharnya lebih bersifat sederhana.
3.        صغرى  Sugra (Paling Lemah). Hurufnya adalah Ghain dan Kha ( غ – خ )Makhraj kedua huruf ini terletak di bahagian awal kerongkong, menjadikan tingkatan izharnya yang paling lemah dan rendah.













Sumber rujukan:

  • Abdul Rahman Abdul Ghani(Dr.) (2011), Tajwid Al-Quran Riwayat Hafs, Selangor: Sinar Tenggara Sdn Bhd
  • Hasan Mahmud (1986), Ilmu Tajwid Al-Quran, Kuala Lumpur, Pustaka Al-Mizan
  • Mahadi Dahlan (2004), Tajwid Ilmi dan Amali, cet.7, Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid
  • Mahmud Ro’fat bin Hassan Zalat (2000), Kaifa Taqrau Al-Quran Kama Anzalahu Ar-Rahman (biriwayah Hafs An ‘Asim Min Thoriq As-Syatibiyyah, Kaherah: Muassasah Qurtubah
  • Said Ali Abdul Majid Abdul Sami’ (2007), Muqtathifatu Fi Ilmu At-tajwid, Kaherah: Al-Azhar Al-Sharif Islamic Research Academy
  • Gambar diambil dari website http://dearbella-bella.blogspot.com/2012/07/makhraj-huruf.html  pada 12 Disember 2012
  • Gambar diambil dari websitehttp://cahayabintangkunajmi.blogspot.com/2012/01/huruf-huruf-izhar-halqi.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails