Thursday, 19 May 2011

Read Quran Surah An Nisa 4:136 Iman is Believe in Allâh, and His Messenger (Muhammad SAW), and the Book , His Angels,, and the Last Day,



An-Nisa
O you who believe! Believe in Allâh, and His Messenger (Muhammad SAW), and the Book (the Qur'ân) which He has sent down to His Messenger, and the Scripture which He sent down to those before (him), and whosoever disbelieves in Allâh, His Angels, His Books, His Messengers, and the Last Day, then indeed he has strayed far away (136)



we have a talk in the uni prayer room on



Believe in God and His Messenger - Siraj Wahhaj


ceramah / talk






It has been reported that the prophet related that Allah swt says:
“O My servants, all of you are misguided except him whom I guide, so ask Me for guidance, and I will guide you. All of you are poor except whom I enrich, so ask Me for riches, and I will provide for you. All of you are sinners except him whom I release, so ask Me to forgive you, and I will forgive you.”
The prophet said:
“Supplication is the weapon of the man of faith, the centre-pole (essence) of the religion, and the light of the heavens and the earth.”




====

ade satu entri yang serupa macam talk semalam....



Merubah diri bukanlah sesuatu yang mudah dan tidak akan berjaya bila tidak bermujahadah. Namun sebelum berubah, kita perlu tahu perkara asas dalam beragama iaitu mengetahui APA ITU ISLAM, IMAN dan IHSAN. Marilah kitani sama-sama memahami-nya semula agar dalam kitani menyusuri langkah keinsafan untuk berTAUBAT dengan sebenar-benarnya seperti yang Allah kehendaki.

InsyaAllah, reformasi mengISLAMkan dan menyuntik keIMANan dengan IHSAN yang tinggi kedalam diri kitan akan lebih mendekatkan diri kita kepada ALLAH RABBUL ‘ALAMIN. Diriwayatkan ‘Umar bin Khathab RadhiAllahu ‘Anhu, beliau berkata: “Ketika kami sedang duduk bersama Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassalam pada suatu hari, datang kepada kami seorang yang sangat putih bajunya, …sangat hitam rambutnya, bekas jalannya tidak terlihat, dan tidak seorang pun mengenal diantara kami sampai dia duduk di hadapan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassalam, menyandarkan kedua lututnya kepada lutut Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassalam, meletakkan kedua telapak tangannya di atas kedua pahanya”Kemudian dia bertanya:

“Ya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassalam beritahu aku tentang Islam?”

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassalam menjawab: “Islam adalah bahwa engkau bersaksi tiada Tuhan selain Allah Subhanahu waTa’ala dan Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wassalam utusan Allah Subhanahu waTa’ala, mendirikan shalat, membayar zakat, puasa di bulan Ramadhan, dan menunaikan ibadah haji jika mampu.”

Dia berkata: “engkau benar.”

Sayyidina Umar berkata: “kami terkejut kepadanya dia yang bertanya dia juga yang membenarkan.”

Kemudian bertanya lagi: “Beritahu aku tentang iman?”

Rasulullah menjawab: “Engkau beriman kepada Allah Subhanahu waTa’ala, kepada para malaikat, kitab-kitab, Rasul-Rasul- Nya, hari akhir dan engkau beriman kepada ketentuan baik dan buruk-Nya.”

Dia berkata: “engkau benar.”

Dia bertanya lagi tentang Ihsan?

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassalam menjawab: “engkau menyembah Allah Subhanahu waTa’ala seakan-akan engkau melihat Dia dan jika engkau tidak melihat-Nya maka sesungguhnya Dia melihatmu.”

Selanjutnya dia bertanya tentang hari kiamat?

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassalam menjawab: “Tidaklah yang di tanya tentang hal itu lebih tahu dari yang bertanya”

Dia berkata: “Beritahu aku tentang tanda-tandanya?”

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassalam menjawab: “Apabila seorang hamba sahaya melahirkan anak tuannya, dan apabila orang yang bertelanjang kaki rakyat jelata lagi fakir miskin mereka berlomba bermegah-megahan dalam bangunan.”

Kemudian dia pergi dan saya berdiam lama.

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassalam bertanya: “Wahai Umar tahukah engkau siapa yang bertanya?”

Aku jawab: “Allah Subhanahu waTa’ala dan Rasul-Nya lebih tahu”

Rasulullah bertkata: “Ini Jibril datang untuk mengajarkan Agama kepada engkau” .(HR Bukhari)

=====TAMBAHAN======

Hadis APA ITU IMAN, ISLAM dan EHSAN adalah riwayat al-lmam Muslim (Hadis riwayat Muslim, kitab al-iman, no: 9 dan 10, al-Tirmizi, kitab al-iman, no: 2535, beliau berkata: hadis ini hasan shahih, al-Nasaa’ie, kitab al-iman, no: 4904, 4905, Abu Dawud, kitab al-sunnah, no:4075, Ibn Majah, kitab al-muqaddimah, no: 62 dan 63, Ahmad, musnad العشرة المبشرین , no: 346).

Kepentingan Hadith Ibnu Daqiq al-’Iid berkata: “Hadith ini adalah hadith yang merangkumi semua amalan zahir dan batin. Ilmu-ilmu syariat semuanya merujuk dan lahir daripada hadith ini. Ia seperti ibu kepada sunnah kerana ia mengandungi himpunan ilmu-ilmu sunnah, sepertimana al-Fatihah dinamakan Ummul Quran kerana ia mengandungi himpunan pengertian al-Quran.

Kandungan Hadith

. Memperelokkan Pakaian dan Perawakan. Digalakkan memakai pakaian yang bersih, menggunakan wangi-wangian atau bau-baun yang harum untuk memasuki masjid, menghadiri majlis-majlis ilmu, beradab ketika berada di majlis tersebut dan beradab dengan alim ‘ulama. Datangnya Jibril adalah untuk mengajar manusia melalui keadaan dan kata-katanya.

. Apa Itu Islam?Islam dari segi bahasa ialah tunduk dan menyerah kepada Alah swt. Dari segi syarak pula ialah agama yang dibina di atas lima asas iaitu: Syahadah (penyaksian) bahawa tiada Tuhan (ilah) melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan solat di dalam waktunya dengan rukun dan syarat yang sempurna serta menjaga sunat dan adabnya, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji sekali seumur hidup bagi sesiapa yang berkemampuan dan memiliki keperluan untuk bermusafir seperti bekalan, kenderaan dan belanja nagkah ahli keluarganya.

. Apa Itu Iman? Iman dari segi bahasa ialah at-tasdiq (membenarkan) dan dari segi syarak ialah: Tasdiq yang jazim (keyakinan yang tidak berbelah bagi) terhadap kewujudan Allah Ta’ala yang Maha Pencipta dan bahawasanya Allah Ta’ala itu Maha Esa dan tiada sekutu bagi-Nya.

Begitu juga membenarkan kewujudan makhluk Allah Ta’ala iaitu para malaikat-Nya dan mereka adalah hamba-hambaNya yang dimuliakan. Mereka tidak makan dan bersifat dengan sifat lelaki mahupun perempuan serta tidak berketurunan. Tidak seorangpun yang mengetahui bilangan mereka kecuali Allah Ta’ala. Juga membenarkan kitab-kitab sabawiah yang turun dari sisi Allah.

Kitab-kitab ini adalah syariat Allah Ta’ala sebelum ia diselewengkan dan diubah oleh tangan-tangan manusia.Juga membenarkan para rasul. yang telah dipilih Allah Ta’ala untuk memberi petunjuk kepada makhlukNya dan Allah menurunkan kepada mereka kitab-kitab samawiah. Juga beriktiqad bahawa para rasul itu adalah manusia yang maksum (terpelihara dari dosa). Juga membenarkan hari kiamat, iaitu hari Allah Ta’ala membangkitkan manusia dari kubur dan menghisab amalan-amalan serta memberi balasan kepada mereka. Jika baik, maka baiklah balasannya dan jika buruk, maka buruklah balasannya. Firman Allah :لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَعَلَيۡہَا مَا ٱكۡتَسَبَتۡ‌ۗ “..Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya…” (sebahagian Al-Baqarah ayat 286)

Juga membenarkan bahawa semua perkara yang berlaku di atas muka bumi ini adalah dengan takdir Allah Ta’ala dan kehendakNya berdasarkan hikmah yang hanya diketahui Allah sahaja.Inilah rukun-rukun iman. barangsiapa yang beriktiqad dengannya, akan beroleh kemenangan dan kejayaan. Begitulah sebaliknya. sesiapa yang mengingkarinya, dia akan sesat dan kecewa.

Firman Allah Ta’ala:يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ ءَامِنُواْ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَٱلۡكِتَـٰبِ ٱلَّذِى نَزَّلَ عَلَىٰ رَسُولِهِۦ وَٱلۡڪِتَـٰبِ ٱلَّذِىٓ أَنزَلَ مِن قَبۡلُ‌ۚ وَمَن يَكۡفُرۡ بِٱللَّهِ وَمَلَـٰٓٮِٕكَتِهِۦ وَكُتُبِهِۦ وَرُسُلِهِۦ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ فَقَدۡ ضَلَّ ضَلَـٰلاَۢ بَعِيدًا

“Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad s.a.w) dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh. (An-Nisa ayat 136)

Pokok Perbincangan Hadis :

) Kedudukan hadis ini – ibu kepada hadis-hadis lain. mengandungi penjelasan Din secara keseluruhannya.

) Islam – terangkum ibadat badani/ lisani/ maali/ badani wa maali.

) Iman – asal iman/ iman dan islam/ qaul – amal juga sebahagian dari iman. hadis Imatotul atza – tolak pendapat Al Murji’ah. iman kepada qadho’ dan qadar

) Membezakan antara sifat Allah dengan sifat makluk…cth. Ilmu Allah

) Tanda-tanda kedatangan hari Qiamat

) Sifat-sifat Jilbril (Ruh Al-Amiin) : rupa asal – 2 kali- tahun ketiga dilantik menjadi rasul – di langit- semasa isra’ dan mi’raj – mempunyai enam ratus sayap. Pengajaran hadis:Agama lslam adalah agama yang datang dari Allah. Oleh itu ia dipanggil agama samawie atau bersifat Rabbaanie, iaitu bersumberkan wahyu dari langit yang diturunkan melalui malaikat Jibril. la bukanlah agama ciptaan akal manusia yang cetek, kerana itu ia amat sesuai untuk seluruh umat manusia di setiap tempat dan zaman.

Hadis ini menerangkan tiga tunggak agama, iaitu rukun lslam, rukun iman dan ehsan. Rukun lslam lima perkara iaitu mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang lima waktu, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji di Baitullahilharam.

Rukun lman enam perkara iaitu percaya atau beriman kepada Allah, para malaikat, kitab-kitab, para Rasul, hari Qiamat dan beriman dengan qadar baik dan buruk datang dari Allah. Kesempurnaan seorang mukmin akan tercapai apabila dia menunaikan segala rukun lslam, menyempurnakan tuntutan rukun iman dan sifat ehsan. lslam tidak sempurna kalau hanya diambil dari segi zahir sahaja, atau batin sahaja atau aspek kerohanian semata-mata. Kesempurnaan lslam hanya akan terserlah apabila diamalkan keseluruhannya.

Firman Allah :يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱدۡخُلُواْ فِى ٱلسِّلۡمِ ڪَآفَّةً۬ وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٲتِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ‌ۚ إِنَّهُ ۥ لَڪُمۡ عَدُوٌّ۬ مُّبِينٌ۬

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.” (Al-Baqarah ayat 208)

llmu dalam lslam mestilah dipelajari secara berguru dan berdasarkan panduan yang betul. llmu agama tidak boleh dipelajari melalui mimpi dan sebagainya. Seorang murid mestilah mempunyai adab-adab yang tinggi sebagaimana beradabnya Jibril ketika datang mengadap Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassalam untuk bertanya beberapa soalan agama.

Demikian juga seorang guru mestilah mempunyai adab yang tinggi. Dia sewajibnya hanya mengajar atau menjawab soalan yang diketahui dan meninggalkan apa yang dia tidak tahu. ltu adalah tanda wara’ para ulama dan orang berilmu.Hari qiamat adalah peristiwa besar yang menjadi salah satu rukun lman. Tiada seorang manusiapun yang tahu bila ia akan berlaku, walaupun Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassalam. la adalah sebahagian dari ilmu ghaib yang tidak diketahui kecuali oleh Allah Subhanahu WaTa’ala. Sesiapa yang mengaku tahu bila berlaku qiamat atau mengetahui ilmu ghaib, maka dia adalah seorang penipu besar.

Firman Allah :يَسۡـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلسَّاعَةِ أَيَّانَ مُرۡسَٰهَا (٤٢) فِيمَ أَنتَ مِن ذِكۡرَٰهَآ (٤٣) إِلَىٰ رَبِّكَ مُنتَہَٰهَآ (٤٤) إِنَّمَآ أَنتَ مُنذِرُ مَن يَخۡشَٰهَا (٤٥) كَأَنَّہُمۡ يَوۡمَ يَرَوۡنَہَا لَمۡ يَلۡبَثُوٓاْ إِلَّا عَشِيَّةً أَوۡ ضُحَٰهَا (٤٦

“Mereka (yang ingkar) selalu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: Bilakah masa datangnya? (42) Apa hubungannya tugasmu dengan (soal) menerangkan masa kedatangan hari kiamat itu? (43) Kepada Tuhanmu lah terserah kesudahan ilmu mengenainya. (44) Tugasmu hanyalah memberi amaran kepada orang yang takut akan huru-hara hari kiamat itu. (45) (Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: Seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja.” (An-Nazi’at ayat 42-46)

Walau pun tarikh qiamat tidak diketahui, namun ada beberapa tanda yang menunjukkan ia hampir tiba, antaranya ialah terjadi peristiwa seorang ibu melahirkan tuannya atau bossnya sendiri, yang menjadi hamba kepada anaknya. Di akhir zaman juga berlaku peristiwa si-miskin yang papa merempat bertuka menjadi hartawan yang kaya raya. Akhirnya ikutilah dialog antara iblis laknatullah dengan Allah ‘Azza WaJalla didalam Al-Quran surah Al-’Araaf dari ayat 14-18:

قَالَ أَنظِرۡنِىٓ إِلَىٰ يَوۡمِ يُبۡعَثُونَ (١٤) قَالَ إِنَّكَ مِنَ ٱلۡمُنظَرِينَ (١٥) قَالَ فَبِمَآ أَغۡوَيۡتَنِى لَأَقۡعُدَنَّ لَهُمۡ صِرَٲطَكَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (١٦) ثُمَّ لَأَتِيَنَّهُم مِّنۢ بَيۡنِ أَيۡدِيہِمۡ وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ وَعَنۡ أَيۡمَـٰنِہِمۡ وَعَن شَمَإِٓلِهِمۡ‌ۖ وَلَا تَجِدُ أَكۡثَرَهُمۡ شَـٰكِرِينَ (١٧) قَالَ ٱخۡرُجۡ مِنۡہَا مَذۡءُومً۬ا مَّدۡحُورً۬ا‌ۖ لَّمَن تَبِعَكَ مِنۡہُمۡ لَأَمۡلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنكُمۡ أَجۡمَعِينَ (١٨

“Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat). (14) Allah berfirman: Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu). (15) Iblis berkata: Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus; (16) Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur. (17) Allah berfirman: Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi Neraka Jahanam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya;” (18)

Kita sudahi dengan doa :وَمِنۡهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِى ٱلدُّنۡيَا حَسَنَةً۬ وَفِى ٱلۡأَخِرَةِ حَسَنَةً۬ وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab Neraka.” (Al-Baqarah ayat 201)Wallahu ‘alam. Semoga ia-nya akan mengembalikan kitani kepada tujuan asal (fitrah) kenapa Allah menciptakan manusia diatas muka bumi ini sebagai HAMBA.Wasalamullahi ‘alaikum warahmatuhu wabarakah.

By: MajlisBelia DaerahBelait Biro Eim


http://stories.rohaizamahmod.com/home/?p=742



more on ihsan




Soalan 01: Manakah Hadis Jibril yang menerangkan tentang Ihsan? Jawapan 01: Di dalam Hadis 40 Imam Nawawi ada menyatakan mengenai Hadis Jibril A.S. ini berkenaan Ihsan (bermaksud): ...Dia (Malaikat Jibril A.S.) berkata lagi: Ceritakan kepadaku tentang Ihsan. Rasulullah S.A.W. menjawab: Bahawa kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihatNya. Jika kamu tidak melihatNya sesungguhnya Allah melihat kamu... (Riwayat Muslim). Soalan 02: Apakah takrif Ihsan? Jawapan 02: Berkata Syeikh Dr. Mustafa al-Bugha dalam mensyarahkan maksud Ihsan pada Hadis Jibril ini (sila rujuk kitabnya: al-Waafi Syarah Matan Arbain Imam Nawawi) katanya: Ihsan adalah ikhlas dan tekun. Iaitu kamu ikhlas di dalam beribadat kepada Allah dan disertai dengan penuh ketekunan seolah-olah kamu melihat Allah ketika melakukan ibadat. Sekiranya kamu tidak mampu mencapai tahap tersebut, maka ingatlah bahawa Allah Taala melihat kamu dan perbuatan kamu samaada kecil ataupun besar. Soalan 03: Apakah Ihsan (seperti dalam Hadis Jibril) adalah ilmu Tasawwuf? Jawapan 03: Berkata Imam al-Hafiz As-Sayyid Muhammad Siddiq al-Ghumari (sila lihat kitabnya bertajuk: Intishar Li Thariqi As-Suffiyyah) (serta boleh juga merujuk kitab: Haqaid An al-Tasawwuf): Beliau ditanya tentang siapakah pengasas awal ilmu tasawwuf dan benarkah ia bersumberkan wahyu samawi? Beliau menjawab: Adapun yang pertama mengasaskan thariqah atau jalan ini, maka ketahuilah bahawa thariqah ini diasaskan oleh wahyu samawi, secara keseluruhannya ia adalah apa yang diasaskan oleh agama Muhammadi (Nabi Muhammad S.A.W.). Tidak syak lagi bahawa ia adalah Ihsan yang merupakan salah satu rukun agama yang tiga dijadikan oleh baginda Rasulullah S.A.W. sebagai 'Din' cara hidup, setelah baginda (Rasulullah S.A.W.) menerangkan satu persatu iaitu Islam, Iman dan Ihsan. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Ini adalah Jibril A.S. ia datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agamamu (Riwayat Muslim). Berkatanya lagi: Sesungguhnya Ihsan sebagaimana dalam hadis tersebut adalah ibarat dari tiga rukun yang disebutkan. Barangsiapa tidak menyempurnakan rukun Ihsan yang mana ia merupakan thariqah - jalan - maka tanpa ragu-ragu lagi bahawa agamanya tidak sempurna kerana dia meninggalkan satu rukun dari rukun-rukunnya. Ghayah atau kemuncak matlamat apa yang diseru dan diisyaratkan oleh thariqah ialah maqam Ihsan setelah memperbetulkan Islam dan Iman. Berkata Syeikh Zarruq (sila lihat kitabnya bertajuk: Qawaid Tasawwuf): Tegasnya ilmu Tasawwuf didefinasi, dicoret dan ditafsirkan dengan pelbagai takrif yang mencecah dua ribu takrif. Semuanya kembali kepada niat yang betul menuju Allah S.W.T. akan tetapi semuanya itu hanyalah merupakan penilaian dari sudut-sudut tertentu yang terdapat dalam tasawwuf. ***Saya mengatakan: Dari penerangan ini diketahuilah bahawa ilmu Tasawwuf adalah suatu ilmu yang berada pada membicarakan tentang Ihsan (seperti Hadis Jibril). Soalan 04: Apakah takrif Tasawwuf? Jawapan 04: Berkata Qadhi Syeikh al-Islam Zakaria al-Anshari (lihat kitab: Ala Hamisy Risalah al-Qusyairi): Tasawwuf ialah suatu ilmu yang diketahui dengannya kaeadaan penyucian jiwa dan pembersihan akhlak serta mengimarahkan zahir dan batin bertujuan mencapai kebahagiaan yang abadi. Berkata Sayyid at-Thoifatain imam Junaidi (lihat kitab: Nusratun Nabawiyah): Tasawwuf ialah menggunakan semua akhlak ketinggian yang terpuji dan meninggalkan semua tingkah laku yang rendah lagi keji. Soalan 05: Apakah had-had Tasawwuf yang dikatakan Fardhu Ain? Jawapan 05: Berkata Imam al-Ghazali (sila rujuk kitabnya: Ihya Ulum al-Din): Maka sesiapa yang mengetahui ilmu wajib dan waktu wajibnya ia maka sesungguhnya ilmu itu adalah Fardhu Ain. Dan apa yang disebut oleh ahli-ahli sufi perlunya memahami lintasan-lintasan musuh (syaitan) dan bisikan malaikat. Kebiasaannya manusia tidak bercerai-berai dari faktor-faktor keburukan, riyak, dan hasad maka mestilah mempelajari dari ilmu al-Muhlikaat (yang membinasakan) apa yang memandang bagi dirinya berhajat padanya. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Tiga al-Muhlikaat: Kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikut, kekaguman pada diri sendiri. (Riwayat al-Tabrani dan al-Baihaqi). Dan tidak bercerainya dari manusia dan bakinya apa yang disebut dari mazmumah (perkara-perkara keji) pada keadaan hati seperti takabur dan ujub serta lain-lainnya dan menghilangkannya Fardhu Ain. Dan tidak mungkin menghilangkannya melainkan mengetahui sebab-sebabnya, mengetahui tanda-tandanya dan mengetahui penawarnya. Maka sesiapa yang tidak mengetahui perkara-perkara buruk akan jatuh padanya. ***Saya mengatakan: Difahami di sini bahawa sekiranya kita tahu akan kewajipan mempelajari sesuatu ilmu itu (di sini maksudnya ilmu Tasawwuf) maka had-had mempelajarinya adalah sehingga hati kita bersih dari sifat-sifat mazmumah dan diri berhajat untuknya pada ketika itu. Dalam bahasa yang lebih mudah bahawa Fardhu Ain ke atas kita sekiranya kita memerlukannaya pada waktu itu dengan meninggalkan sifat-sifat mazmumah dan mengambil sifat-sifat mahmudah. Kesimpulan: Sememangnya ilmu Tasawwuf ini memerlukan masa untuk mempelajari dan mendalaminya. Kita perlukan kepada tok guru atau syeikh dll dalam memahami ilmu ini. Saya pernah berbincang dengan beberapa orang alim dalam ilmu Tasawwuf ini antaranya mereka berkata: Ilmu Tasawwuf ini hanya sahaja yang terdapat dalam kitab-kitab (teori) selebihnya adalah di luar kitab yang terdapat pada amalan-amalan dari hati dan rohani yang bersih. Selain itu mereka juga mengatakan bahawa Tasawwuf ini adalah menggunakan segala di dunia untuk mencapai kebahagian dan kecemerlangan di akhirat. Mungkin dengan penerangan ringkas ini dapat menjelaskan keadaan ilmu Tasawwuf .Segala kesalahan dan kecacatan dari penulisan saya ini harap dapat diperbetulkan segera oleh sahabat-sahabat sekalian. Wallahualam



Tuesday, 17 May 2011

Believe in ALLAH

Read Quran Surah Ghafir ayat 51-55


Ghafir


Verily, We will indeed make victorious Our Messengers and those who believe (in the Oneness of Allâh — Islâmic Monotheism) in this world's life and on the Day when the witnesses will stand forth, (i.e. Day of Resurrection),— (51) The Day when their excuses will be of no profit to Zâlimûn (polytheists, wrong-doers and disbelievers in the Oneness of Allâh). Theirs will be the curse, and theirs will be the evil abode (i.e. painful torment in Hell-fire). (52) And, indeed We gave Mûsa (Moses) the guidance, and We caused the Children of Israel to inherit the Scripture [i.e. the Taurât (Torah)],— (53) A guide and a reminder for men of understanding, (54) So be patient (O Muhammad SAW). Verily, the Promise of Allâh is true, and ask forgiveness for your fault[], and glorify the praises of your Lord in the Ashi (i.e. the time period after the midnoon till sunset) and in the Ibkâr (i.e. the time period from early morning or sunrise till before midnoon) [it is said that, that means the five compulsory congregational Salât (prayers) or the 'Asr and Fajr prayers]. (55)

















Ghafir
Sesungguhnya Kami tetap membela serta mempertahankan Rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia ini dan pada saat bangkitnya saksi-saksi (pada hari kiamat) (51) (Iaitu) pada hari yang tidak berguna bagi orang-orang yang zalim dalihan-dalihan mereka untuk melepaskan diri dan mereka akan beroleh laknat, serta mereka beroleh seburuk-buruk tempat tinggal. (52) Dan demi sesungguhnya! Kami telah memberikan Nabi Musa hidayat petunjuk dan Kami berikan kaum Bani Israil mewarisi Kitab Taurat, (53) Sebagai hidayat petunjuk dan peringatan bagi orang-orang yang berakal sempurna. (54) (Setelah engkau mengetahui perihal Nabi Musa dan umatnya) maka bersabarlah (wahai Muhammad, dalam perjuangan menegakkan Islam); sesungguhnya janji Allah (untuk menjayakanmu) adalah benar dan pohonlah ampun bagi salah silapmu, serta bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu pada waktu pagi dan petang. (55)
Related Posts with Thumbnails