Sunday 13 April 2014

izhar halqi

still learning in progress....


sharing from this link

http://tajwid-asas.blogspot.com/2013/03/izhar-halqi.html


IZHAR HALQI

Izhar Halqi : Melafazkan huruf nun mati atau tanwin dari makhrajnya dengan JELAS dan TERANG tanpa dengung dan saktah apabila bertemu dengan enam huruf-huruf izhar halqi.

















===========================================





Huruf Izhar Halqi ada enam iaitu Hamzah( ء ), Haa( ه ), Ain( ع ), Ha( ح ), Ghain( غ )  
Kha( خ ).  Huruf-huruf tersebut terhimpun pada permulaan setiap kalimah dalam bait syair  
 (أخي هاك علما حازه غير خاسر)            ataupun bait   أغح خعه)) .  

Setiap huruf izhar ini  pula terbahagi kepada 3 tingkatan iaitu:
1.       كبرى Kubra (Paling kuat). Hurufnya adalah Hamzah dan Haa( ء – ه ).Ini adalah kerana kedudukan kedua-dua huruf ini adalah yang paling jauh dan paling dalam di bahagian kerongkong (halkum) menjadikan hukum izhar padanya yang paling kuat atau paling jelas.
2.       وسطى Wusto (Sederhana). Hurufnya adalah Ain dan Ha( ع – ح ).Makhraj kedua huruf ini pula terletak ditengah-tengah di antara tingkatan izhar yang lain menjadikan tingkatan izharnya lebih bersifat sederhana.
3.        صغرى  Sugra (Paling Lemah). Hurufnya adalah Ghain dan Kha ( غ – خ )Makhraj kedua huruf ini terletak di bahagian awal kerongkong, menjadikan tingkatan izharnya yang paling lemah dan rendah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails