Sunday, 24 July 2011

Read Quran Surah Al Furqan ayat 70 : Unless he repents, believes, and works righteous deeds, for Allah will change the evil of such persons into good

سُوۡرَةُ الفُرقان
إِلَّا مَن تَابَ وَءَامَنَ وَعَمِلَ عَمَلاً۬ صَـٰلِحً۬ا فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ يُبَدِّلُ ٱللَّهُ سَيِّـَٔاتِهِمۡ حَسَنَـٰتٍ۬‌ۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورً۬ا رَّحِيمً۬ا (٧٠)


سُوۡرَةُ الفُرقان
إِلَّا مَن تَابَ وَءَامَنَ وَعَمِلَ عَمَلاً۬ صَـٰلِحً۬ا فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ يُبَدِّلُ ٱللَّهُ سَيِّـَٔاتِهِمۡ حَسَنَـٰتٍ۬‌ۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورً۬ا رَّحِيمً۬ا (٧٠)


Al-Furqan
Save him who repenteth and believeth and doth righteous work; as for such, Allah will change their evil deeds to good deeds. Allah is ever Forgiving, Merciful. (70)


Al-Furqan
Save him who repenteth and believeth and doth righteous work; as for such, Allah will change their evil deeds to good deeds. Allah is ever Forgiving, Merciful. (70)



Al-Furqan
Unless he repents, believes, and works righteous deeds, for Allah will change the evil of such persons into good and Allah is Oft-Forgiving, Most Merciful (70)


PEMBEDA
kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebaikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (70)





Bahkan, RasulAllah yang sudah terjamin kedudukannya yang tertinggi dalam syurgapun bertaubat tidak kurang daripada 70 kali sehari semalam. Dalam ayat 70, surah al-Furqan Allah menjelaskan taubat yang diikuti dengan pengukuhan iman dan penambahan amalan soleh merupakan taubat yang terbaik yang segala dosa yang pernah dilakukan bukan sahaja diampunkan, bahkan di’convert’ menjadi pahala.



http://mutiaraislam.wordpress.com/2010/01/07/taubat/





Bagi membersihkan hati daripada segala dosa yang pernah manusia lakukan, maka dianjurkan untuk bertaubat. Taubat bukan sekadar usaha menghapuskan dosa, tetapi juga demi mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Oleh hal demikian itu, manusia diperintah selalu bertaubat. Di dalam al-Quran, Allah s.w.t memerintah umat-Nya agar bertaubat dengan taubat yang semurni-murninya.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Tahrim yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah daripada dosa-dosa kamu dengan tulus. Mudah-mudahan Tuhan akan menghapuskan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang dialiri sungai-sungai di bawah istana dan pepohonnya.”

Rasulullah s.a.w sendiri, meskipun baginda insan maksum (terpelihara daripada segala dosa), namun tetap beristighfar kepada Allah s.w.t. Baginda bertaubat tidak kurang daripada 70 kali sehari semalam (Hadis Riwayat Bukhari).

Kalangan sufi memandang taubat sebagai maqam (tahap) pertama untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Penempatan taubat sebagai maqam pertama menunjukkan betapa penting kedudukan taubat dalam tasawwuf.

Hal yang berkaitan erat dengan taubat ialah istifar, iaitu menundukan jiwa, hati dan fikiran kepada Allah s.w.t seraya memohon ampun daripada segala dosa. Istighfar tidak hanya mengucapkan “astaghfirullah” (semoga Allah mengampuniku), tetapi harus disertai dengan kesungguhan dan harapan akan memperolehi ampunan.

Di dalam al-Quran, Allah s.w.t menjanjikan kenikmatan bagi orang-orang yang beristighfar kepada-Nya.

Menurut bahasa, taubat ertinya kembali, iaitu kembali daripada segala yang tercela menurut agama, menuju semua yang terpuji. Boleh juga dikatakan bahawa taubat adalah kembali daripada dosa-dosa besar menuju kepatuhan.

Jadi, taubat adalah meninggalkan atau menyesali dosa dan berjanji tidak mengulanginya lagi. Dengan demikian, taubat mengandung erti penyesalan atas semua perbuatan tercela yang pernah dilakukan.

Kalangan ahli sunnah mengatakan bahawa keberhasilan taubat tergantung pada tiga syarat, iaitu: menyesal atas pelanggaran yang dilakukan, meninggalkan dengan segera, dan memutuskan untuk tidak kembali kepada maksiat yang sama.

Ada yang berpendapat bahawa yang terpenting adalah syarat pertama, dan penyesalan sudah cukup untuk bertaubat, kerana penyesalan akan diikuti oleh dua syarat taubat berikutnya. Apabila masih tetap melakukan dosa yang serupa, bererti seseorang belum menyesal.

Allah s.w.t menyuruh orang-orang mukmin untuk bertaubat agar mereka memperoleh keberuntungan (maksud surah an-Nur, ayat 31)

Nabi Muhammad s.a.w. pernah membacakan sebuah ayat al-Quran mengenai taubat kepada para sahabat baginda.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri.”

(al-Baqarah)

Kemudian Nabi s.a.w bersabda:

“Tidak sesuatu pun yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada seorang pemuda yang bertaubat.”

Sesungguhnya, pintu taubat senantiasa terbuka. Semoga kita adalah insan yang senantiasa pula ‘sudi’ mengetuk pintu tersebut.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails