Thursday, 9 September 2010

tafsir Al-Quran : Read Quran and best together with Tafsir Quran but which one???





Apakah teknik terbaik untuk fahami tafsir Al-Quran???




wow banyak nya kitab Tafsir.....


source ...


Thank you Allah for all this new knowledge that i got today. Thanks Allah. thank you.



===


Sepanjang saya mengendalikan kuliah tafsir dahulu, ramai yang bertanya ‘Ustaz, tafsir apa yang paling baik sekali untuk dibaca?’

Saya pun sebenarnya tidak dapat memberikan jawapan tepat. Sebabnya, ia berdasarkan ‘tahap & keupayaan anda’…..

Bagi yang merasakan dirinya di level ‘basic’, maka cadangan saya, sila khatamkan :

1. tafsir bimbingan Ar-Rahman JAKIM

2. tafsir Jalalain.

Jika anda mengira anda sudah di tahap pertengahan, maka tafsir ini rasanya sesuai untuk anda :

1. tafsir Ibn Katsir

2. tafsir Qurtubi

3. tafsir Al-Baidhawi

atau anda sudah bertahap ‘advance’, maka belilah tafsir ’super tebal-tebal & sukar nak faham’ ini spt :

1. Tafsir Zamakhsyari : Al-Kasyaf

2. tafsir Al-Alusi : Ruhul Ma’aani

3. Tafsir Al-Razi : Mafatihul Ghaib

4. tafsir Tabari : Ja’mi’ Al-Bayan

Tetapi, jika anda sukakan kandungan yang mengadunkan ‘tradisi & kontemporari’, ini sesuai buat anda :

1. tafsir Al Munir

2. Tafsir Fi Zilalil Quran

3. Tafsir Al-Manar

Namun, jika anda inginkan tafsir yang tebal nuansa nusantaranya, saya cadangkan tafsir ini :

1. tafsir Al-Azhar - Pak HAMKA

2. tafsir Al-Misbah - Dr. Quraisy Shihab

Dan banyak lagi kitab2 tafsir yg tidak dapat sy sebutkan….

Tetapi, ada lagi yg masih bertanya -

‘tapi ustaz, saya dah baca banyak tafsir, namun masih belum dapat feeling lagi….. Boleh ustaz bagi tips macammana nak rasa betul-betul ‘getaran’ makna AlQuran?’

Hmm….. berat juga soalan tu….. Pendapat saya, jika kita benar2 mahu rasakan getaran tafsir, ia bukan terletak pada ‘kitab tafsir apa yg terbaik utk dibaca’, tetapi ia terletak pada soalan :

‘Apa yang Allah ingin beritahu saya melalui ayat/surah ini?’….

itu yang selalu saya fikirkan setiap kali ingin ‘mendampingi’ tafsir Al-Quran.

Ingin tahu lebih jelas bagaimana cara melahirkan rasa takjub, gerun, syok, ‘wow’, ‘Subhanallah’ setiap kali mendampingi Al-Quran?

Teknik yg saya lakukan agak panjang penerangannya.

BERITA ‘KURANG BAIK’ untuk anda : tangan kanan saya yang cedera tendonnya masih belum pulih sepenuhnya. Ia agak membataskan kelajuan saya menaip di komputer, jadi sukarlah saya nak taip panjang2…..

BERITA BAIKNYA : Saya ada kongsikannya dengan isteri saya, dan beliau ada catat beberapa teknik2 tersebut di blognya…. www.sicomelmama.blogspot.com

Rajin-rajinlah singgah ke sana untuk mendapatkan jawapannya :

artikel source from



http://www.asraffayob.com/quran-get-inspired/apakah-teknik-terbaik-untuk-fahami-tafsir-al-quran/




No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails