source ...http://itqanmts.blogspot.com/2010/11/masalah-masalah-dalam-menghafaz-dan.html
Dipetik dari: KEBERKESANAN KAEDAH HAFAZAN DI PUSAT TAHFIZ
eprints.utm.my/2844/1/75184.pdf
PENYELIDIK-PENYELIDIK:
USTAZ ABDUL HAFIZ BIN HAJI ABDULLAH
PROF. MADYA AJMAIN BIN SAFAR
USTAZ MOHD ISMAIL BIN MUSTARI
USTAZ AZHAR BIN MUHAMMAD
USTAZ IDRIS BIN ISMAIL
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2003
===
Masalah dan mengekalkan Hafazan Al Quran
Setelah bergelar seorang hafiz, adalah menjadi tanggungjawab kepada seseorang itu untuk memelihara hafazannya supaya tidak hilang atau lupa. Melupakan hafazan al-Quran setelah menghafaznya adalah suatu dosa di sisi Allah S.W.T. Amaran keras ini telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad S.A.W. dalam sebuah
hadisnya:
Terjemahannya:
"Sesiapa yang menghafaz al-Quran kemudian dia lupa nescaya dia akan berjumpa Allah di hari kiamat dalam keadaan berpenyakit juzam (kusta) dengan terpotong-potong tangannya." (Hadith riwayat abu Dawud dan Tirmidhi)
Memandangkan gangguan dan kesukaran untuk mengekalkan hafazan al -Qurannya, seseorang itu mestilah mengetahuifaktor-faktor yang menyebabkan hilang hafazan dalam ingatannya. Ini memastikan hafazan keseluruhan al-Quran kekal dalam ingatan dan menghindari kemurkaan dari Allah S.W.T.
Masalah Dalaman (Internal) Seorang Hafiz Al-Quran
Masalah dalaman (internal) adalah masalah yang wujud dari dalam diri seorang hafiz al-Quran. Semasa menjalani kehidupan hariannya, godaan dunia di samping bisikan syaitan, boleh menyebabkan seseorang hafiz itu lupa diri bahawa dia adalah seorang penghafaz al-Quran. Oleh itu, seorang hafiz perlu mengetahui masalah-masalah berikut dan menjaga dirinya untuk mengelak daripada lupa hafazan al-Quran. Antaranya:
a. Cintakan dunia dan terlalu sibuk dengannya
Orang yang sibuk dengan perkara keduniaan, tidak akan dapat melapangkan masa untuk mengulangkaji hafazan. Kegagalan mengulang-ulang bacaan menyebabkan hafazan akan hilang sedikit demi sedikit dari ingatan. Oleh itu, dalam mengejar keperluan hidup, seorang hafiz perlulah melapangkan sejumlah masa setiap hari untuk mengulang bacaan. Firman Allah S.W.T.:
Terjemahannya:
"Sekali-kali jangan begitu, bahkan kalian terlalu mencintai dunia dan meninggalkan akhirat."
(al-Qiyamah:20-21)
b. Tidak merasai kenikmatan al-Quran
Menjadi seorang hafiz adalah anugerah daripada Allah S.W.T dan sesiapa yang membaca al-Quran akan diberi kenikmatan daripadanya. Sebagaimana para sahabat di zaman Rasullulah S.A.W. seperti 'Uthman bin 'Affan, yang khatam pembacaan al-Quran pada setiap hari. Begitu juga sahabat-sahabat yang lain seperti Ubai bin Ka'ab, Zaid bin Thabit dan lain-lainnya di mana setengah daripada mereka khatam pembacaan al-Quran tiga hari sekali, seminggu sekali dan sekurang-kurangnya sebulan sekali. Kegairahan sahabat dalam mengulang-ulang untuk mengkhatam al-Quran kerana mereka telah mendapat kenikmatan dalam pembacaannya. Amalan-amalan seperti ini tidak mungkin dilakukan oleh seseorang yang tidak merasai kemanisan membaca al-Quran. Banyak atau sedikitnya kenikmatan membaca al-Quran bergantung kepada kualiti iman dan ketaqwaan pembacanya kepada Alah S.W.T. Allah S.W.T. menjelaskan bahawa orang yang rajin membaca al-Quran adalah mereka yang suka bersembahyang malam, beriman kepada Allah S.W.T. dan hari akhirat, menyuruh yang maaruf dan mencegah yang mungkar serta bersegera dalam melakukan amal-amal yang soleh. FirmanNya:
Terjemahannya:
"Mereka itu tidak sama, di antara ahli kitab itu ada yang berlaku lurus, mereka membaca ayat-ayat Allah pada beberapa malam hari, sedang mereka dalam bersujud (solat). Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, mereka menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar dan bersegera dalam melaksanakan amal-amal yang baik, mereka itu termasuk dalamgolongan orang-orang yang salih." (al-'Imran:113-114)
c. Hati yang kotor dan banyak melakukan maksiat
Hafazan al-Quran akan dapat menerang hidup penghafaznya jika dilandasi oleh hati yang bersih dari kotoran syirik, takabur dan pelbagai kemaksiatan. Oleh itu menghafaz al-Quran tidak mungkin dilakukan oleh orang yang berhati kotor kerana kitab ini adalah suci yang diturunkan oleh Allah S.W.T. yang maha suci, dibawa oleh malaikat yang suci, diberikan kepada Rasullulah S.A.W. yang suci dan diturunkan ke tanah yang suci.
Kekotoran hati ini mengikut perlakuan maksiat yang dilakukan oleh seseorang. Apabila hati sudah kotor maka hafazan terhadap al-Quran akan berkurangan sehinggalah ke peringkat hati yang hitam gelap yang akan menjauhkan seseorang seseorang dari kecintaan dan melupakan al-Quran.
d. Tidak sabar, malas dan mudah berputus asa
Menghafaz dan mengulang-ulang hafazan al-Quran memerlukan kegigihan dan kesabaran yang terus menerus. Ini adalah ciri-ciri al-Quran itu sendiri yang mengajak kita untuk menjadi manusia yang aktif dalam hidup di dunia. Begitu juga semasa al-Quran diwahyukan kepada baginda Rasullulah S.A.W. yang memerlukan titisan peluh untuk menerimanya, bahkan seorang sahabat pernah merasakan beratnya peha Rasullulah S.A.W. ketika pehanya menjadi sandaran kepada peha Rasullulah S.A.W. ketika baginda menerima wahyu. Oleh itu, kesabaran, ketekunan dan tidak mudah berputus asa menjadi sifat kepada seorang yang ingin menghafaz al-Quran. Untuk menghilangkan sifat tidak sabar, malas dan putus asa, perlulah menghindari perkara-perkara berikut:
Lupa atau sudah tidak berminat lagi terhadap tujuan dan kelebihankelebihan menghafaz al-Quran.
Tidak bersedia untuk bekerja keras bagi menghafaz dan mengulang-ulang hafazan.
Lemahnya bertaqarub kepada Allah S.W.T. yang menyebabkan lemahnya ruhiyah dalam diri.
Terpengaruh dengan suasana keluarga, sekolah dan masyarakat yang belum memahami kepentingan pendidikan hafazan al-Quran.
Oleh itu, sebelum seseorang mula menghafaz al-Quran, hendaklah meyakini mengenai tujuan dan kelebihan menjadi seorang hafiz. Lebih-lebih lagi bagi seorang dai'e, tentunya memahami pentingnya menghafaz al-Quran. Apabila sudah memahami tujuan dan kelebihan menghafaz al-Quran, barulah seseorang itu sedia melapangkan masanya untuk menghafaz dan mengulangulang ayat-ayat al-Quran. Sebarang halangan dan kesusahan yang dialaminya semasa pembelajaran akan dihadapi dengan tabah dan sabar kerana mengharapkan ganjaran daripada Allah S.W.T.
e. Niat yang tidak ikhlas
Niat yang tidak ikhlas dalam menghafaz al-Quran bukan sahaja menghalang kejayaan seeorang menghafaz al-Quran di samping itu juga mendapat kutukan daripada Allah S.W.T. di hari akhirat. Keikhlasan dalam menghafaz al-Quran hendaklah dipertahankan secara terus menerus. Ia menjadi motivasi yang kuat untuk mencapai kejayaan menjadi seorang hafiz dengan selalu mengingatkan janji-janji Rasullulah S.A.W. berupa pahala yang sangat banyak. Di samping itu, adalah perlu daripada peringkat awal lagi, menjadi seorang hafiz tidak menjanjikan peluang keduniaan yang luas, seperti mana mempelajari bidang-bidang yang lain. Di sinilah peranan keikhlasan kepada Allah S.W.T. yang akan menjadi kekuatan dalam diri seorang penghafaz al-Quran bagi mempertahankan niat suci itu.
Masalah Luaran (External) Seorang Hafiz Al-Quran
Masalah luaran ini tidaklah seberat masalah dalaman. Ini kerana banyak orang-orang kafir atau orentalis yang tidak beriman pun mampu untuk menghafaz keseluruhan al-Quran. Tunggak kejayaan adalah datangnya dari keinginan yang kuat dari diri seseorang itu. Namun jika berjaya melepas masalah dalam, masalah luaran akan mampu diatasi. Antara masalah-masalah luaran adalah:
a. Tidak mampu membaca dengan baik
Penghafaz yang tidak mampu membaca al-Quran dengan baik akan menghadapi dua masalah iaitu masalah membaca dan masalah menghafaz. Masalah ini akan lebih ketara apabila ayat yang dihafaz semakin banyak menyebabkan penghafazan terhenti separuh jalan. Terdapat juga mereka yang melakukan kedua-dua perkara ini sekaligus dapat menamatkan penghafazan mereka. Jika penghafaz tidak mampu melakukan dua perkara sekaligus, adalah baik ia melancarkan bacaan al-Quran terlebih dahulu barulah menghafaznya.
b. Tidak mampu mengurus masa
Penghafaz yang tidak mampu untuk mengurus masa mereka akan merasa kesuntukan masa untuk menghafaz di samping melakukan kerja-kerja yang lain. Untuk ini, seorang penghafaz perlu mendisiplinkan diri melapangkan sebahagian masa untuk menghafaz. Sebaiknya jadikanlah menghafaz sebagai tugas utama serta menjadikan kenikmatan membaca dan menghafaz ayat-ayat al-Quran mengurangkan masa untuk melakukan tugas-tugas yang lain.
c. Sukar membezakan ayat-ayat Mutasyabih
Al-Quran adalah merupakan mukjizat dari Allah S.W.T, mempunyai ayat-ayat yang sama dari segi makna dan lafaznya.
"Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu kitab suci al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain, yang berulang-ulang (keterangannya berbagai cara),(oleh kerana mendengarnya atau membacanya) yangmenyebabkan badan orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram…" (al-Zumar:23)
Ayat-ayat Mutasyabih bermaksud ayat yang mempunyai persamaan seluruh atau separuhnya di antara satu sama lain. Ayat ini kadangkala adalah sama seratus peratus dan pada tempat yang lain ia berbeza hanya pada satu huruf sahaja (Muhsin, 1994: 62). Seseorang penghafaz tidak boleh dikatakan mahir dengan hafazannya selagi belum menguasai ayat Mutasyabih ini.
Dipetik dari: KEBERKESANAN KAEDAH HAFAZAN DI PUSAT TAHFIZ
Towards Understanding Qiraa’aat
7 years ago
No comments:
Post a Comment