source
http://latahzan00.blogspot.com/2010/08/tak-nak-sahur-sahur-awal-apa-hukumnya.html
Soalan: Dr Asri yang dihormati, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadan. Sayatinggal serumah dengan beberapa orang kawan. Ada kalangan kami yangberpuasa tetapi selalu tidak bangun sahur. Katanya 'dia tahan' walaupuntak bersahur. Ada yang sahur terlalu awal, seawal jam 2 pagi. Ada yangsahur 'siap-siap' sebelum tidur kerana malas hendak bangun. Ada yangjika bangun hampir waktu subuh, dia kata dah tamat waktu sahur,sekalipun belum azan lagi, dia tetap tak mahu sahur. Saya cuba berikannasihat kepada kawan-kawan sekadar yang saya faham. Bolehkah Dr Asrinasihatkan kami apa yang terbaik?
Mizan, KL.
Jawapan Dr MAZA: Selamat menyambut Ramadan semoga kita semua dirahmati Allah. Alhamdulillah, saudara dansahabat-sahabat saudara berpuasa. Ini menandakan tanggungjawab sebagaimuslim masih lagi kuat dalam jiwa saudara-saudara sekelian. Puasaadalah ibadah yang melambangkan keikhlasan. Jika seseorang itubenar-benar berpuasa, tanda adanya keikhlasan yang besar dalampenghayatan Islamnya. Saudara pula merupakan sahabat yang baik, yangmempunyai kesedaran bagi diri sendiri dan juga rakan-rakan untukmengamalkan amalan yang menepati sunnah Nabi s.a.w Semoga Allahmembanyakkan pemuda seperti saudara dan diberikan pahala yang besar.Adapun persoalan saudara tentang sahur itu, maka saya jawab berdasarkanbeberapa perkara berikut;
1. Sahur itu adalah sunnah. Sekalipun iatidak diwajibkan, namun amat-amat digalakkan. Bahkan ia dijadikanpembeza antara sahur muslim dan sahur Yahudi. Sabda Nabi s.a.w:
"Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur". (Riwayat Muslim).
Maka, kita berpuasa kerana ingin mengabdikan diri kepada Allah dankita berlumba-lumba melakukan perkara yang disukai Allah pada bulanRamadan ini, maka ikutilah sunnah Nabi s.a.w termasuk dalam bersahur.Besarnya rahmat Allah, sehingga seseorang yang bangun bersahur agar diabertenaga esok harinya ketika berpuasa, dihitung sebagai ibadah yangdiberi ganjaran.
2. Allah jadikan keberkatan dalam bersahur. Sabda Nabi s.a.w :
"Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Barakah adalah sesuatu yang mustahak dalam kehidupan ini. Insanmungkin memiliki berbagai perkara, tetapi jika ianya tidak diberkatiAllah, maka segala kebaikan yang diharapkan akan hilang. Mencarikeberkatan adalah suatu yang teramat penting dalam hidup ini. Dalamsahur itu ada keberkatan buat puasa yang bakal dilaksanakan dankehidupan individu yang berpuasa secara umumnya. Semoga kitamemperolehinya.
3. Bersahur itu terhasil dengan memakan apa-apa makanan yang halal, atau meminum apa-apa minuman yang halal. Sabda Nabi s.a.w:
"Sesiapa yang ingin berpuasa maka bersahurlah dengan sesuatu" (Riwayat Ahmad, disahihkan dengan syawahid).
Berdasarkan hadis, kita digalakkan bersahur dengan tamar. Nabi s.a.w bersabda:
"Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah tamar". (Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Baihaqi, sanadnya sahih).
Maka dengan ini, kita bukan sahaja digalakkan berbuka puasa dengantamar, kita juga digalakkan untuk bersahur dengan tamar. Maka, ambillahsekurang-kurangnya sebiji tamar semasa bersahur semoga mendapat pahalatambahan.
4. Kita disunnahkan untuk melewatkan sahur. Perkataan sahur itusendiri merujuk kepada akhir malam atau sepertiga akhir malam. Iniseperti firman Allah:
"Pada waktu sahur mereka memohon keampunan" (Surah Ali 'Imran: 17).
Bersahur terlalu awal bukanlah sesuatu yang digalakkan sebaliknya disunnahkan melewatkannya.
Kata Zaid bin Thabit: "Kami bersahur bersama Rasulullah,kemudian terus pergi untuk bersolat (Subuh)". Anas bin Malik bertanyabeliau:
"Berapa lama antara sahur azan dan sahur tersebut?". JawabZaid: "Kadar 50 ayat (al-Quran)". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis ini menunjukkan bahawa betapa lewatnya sahur Nabi s.a.w. Jika50 ayat dibaca, kadarnya lebih kurang beberapa minit. Di tempoh itulah Nabi s.a.w menghentikan sahur untuk bersiap menuju solat.
5. Waktu sahur berlanjutan sehinggalah masuknya waktu subuh. Andaianbahawa puasa itu mesti bermula sepuluh atau dua puluh minit sebelumsubuh adalah tidak tepat. Hadis Zaid di atas tadi, bukan menunjukkansahur itu wajib berhenti kadar 50 ayat sebelum azan, tetapi menunjukkanamalan Nabi s.a.w yang dilihat oleh Zaid. Buktinya, Aisyah r.a menyebut:
"Sesungguh Bilal azan pada waktu malam (azan pertamaSubuh, sebelum masuk waktu). Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: "Makandan minumlah sehingga Ibn Ummi Maktum azan, kerana beliau tidak akanazan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh)" (Riwayat al-Bukharidan Muslim).
Hadis ini menunjukkan pada zaman Nabi s.a.w ada dua kali azan bagiwaktu subuh. Ini seperti yang diamalkan di kebanyakan dunia Islamterutamanya Mekah dan Madinah. Azan pertama sebelum masuk waktu, iadilaungkan oleh Bilah bin Rabah. Azan kedua, oleh sahabat Nabi s.a.wyang merupakan seorang buta, beliau Abdullah ibn Ummi Maktum. Maka Nabis.a.w mengizinkan seseorang yang hendak berpuasa itu makan sehinggaazan kedua, iaitu masuk waktu subuh yang sebenar, maka barulah berhenti.
6. Al-Quran sendiri menjelaskan tentang hal ini dengan menyatakan (maksudnya):
"Makan dan minumlah kamu sehingga ternyata benang putihdari benang hitam dari waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasasehingga waktu malam" (Surah al-Baqarah: 187).
Maka penentu bagi waktu terakhir sahur adalah masuknya waktu subuhyang sebenar, bukan beberapa minit atau belasan minit sebelum subuh.Dalam riwayat Muslim, Nabi s.a.w bersabda:
"Jangan kamu tersilap disebabkan azan Bilal, ataupun warna putih sehinggalah kelihatan waktu fajar (sebenar)".
7. Maka berdasar al-Quran dan hadis-hadis di atas, juga pelbagairiwayat yang lain, maka waktu 'imsak' yang sebenarnya bermula apabilamasuknya waktu subuh, bukan beberapa minit atau belasan minit sebelumsubuh. Maka, apabila seseorang bangun bersahur dan didapati waktu subuhbelum masuk sekalipun hanya tinggal beberapa minit, dia tetap bolehmemakan sahurnya sehinggalah masuknya waktu subuh.
8. Bersahur di samping membantu kita untuk lebih cergas semasaberpuasa, ia juga mendidik seseorang untuk bangun pada sepertiga yangakhir malam. Ini kerana waktu tersebut adalah waktu yang mempunyaikelebihan untuk ibadah dan dimustajabkan doa serta istighfar. Dalamhadis, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Tuhan kita Yang Maha Berkat dan Agung turun setiapmalam ke langit dunia, ketika hanya tinggal sepertiga malam yang akhir.Lalu berfirman: "Sesiapa yang berdoa kepadaKu, akan Aku perkenankanuntuknya. Sesiapa yang meminta kepadaKu, akan aku berikanNya. Sesiapayang memohon keampunan kepadaKu, akan Aku ampunkannya" (Riwayatal-Bukhari dan Muslim).
Hadis ini menunjukkan fadilat berdoa dan beristighfar pada waktusepertiga malam yang akhir. Maka dengan seseorang bangun pada waktutersebut memberikan peluang dan ruang kepadanya untuk berdoa danmemohon hajat kepada Allah pada waktu tersebut.
9. Puasa adalah proses mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. Jikaseseorang itu berpuasa serta mengikuti sunnah-sunnah bagi seseorangyang berpuasa, maka mudah-mudahan mencapai hakikat taqwa. Ia akanmendidik diri dengan berbagai kebaikan yang lain, termasuklahqiyamullail atau 'bangun malam beribadah'. Sahur, salah satu programpenting yang jika dihayati dengan baik, membentuk jika menjadi insanyang menghampirkan diri kepada Allah.
http://drmaza.com/home/?p=1208
Towards Understanding Qiraa’aat
7 years ago
No comments:
Post a Comment