Thursday, 6 January 2011

menyampaikan ilmu adalah fardu ain




Tidak Beramal Dengan IlmuCetakE-mail

Imam Abdul Wahab al-Sya’rani berkata: Daku mendengar guruku Sayyidi Ali al-Khawwas r.’a berkata: "Hukum menyampaikan ilmu kepada manusia dan kepada mereka yang diharap dapat mengamalkan ilmu tersebut adalah fardu ain walaupun penyampai sendiri tidak mengamalkannya."

Imam Abdul Wahab al-Sya’rani menambah: Satu ketika daku mendengar guruku Sayyidi Ali al-Khawwas r.’a berkata: “Tidak terdapat mana-mana orang berilmu melainkan dia beramal dengan ilmunya selama mana berakal walaupun daripada satu sudut ibadat sahaja. Ini kerana jika dia melaksanakan perintah-perintah syarak dan menjauhi larangan, nescaya dia beramal dengan ilmunya secara yakin jika Allah mengurniakan keikhlasan kepadanya. Sekiranya dia tidak beramal seperti yang telah dinyatakan, lalu dia menyedari dengan ilmunya bahawa dia melanggar perintah Allah lantas bertaubat dan menyesal, nescaya dia telah beramal dengan ilmunya juga. Kerana jika dia tidak berilmu nescaya dia tidak akan menyedari bahawa meninggalkan beramal dengan ilmu ialah maksiat. Oleh itu, ilmu memberi kemanfaatan dalam setiap keadaan. Semua nas yang menyatakan hukuman yang berat bagi mereka yang tidak mengamalkan ilmu disandarkan kepada mereka yang tidak bertaubat.” Kenyataan guruku ini amat bermakna dan bernilai.



http://www.persidam.org/index.php?option=com_content&task=view&id=63&Itemid=1

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails